Sabtu, 17 Januari 2009

kerja seorang pendawai






















Pendawai Elektrik terbahagi kepada dua.Pertama pendawai dan penjaga jentera.Bagi seorang pendawai kerjanya ialah membaik pulih atau menyelenggara elektrik.Kerjanya tidaklah mudak seperti yang dijangkakan.

DiMalaysia,pihak bekalan menyediakan dua perbezaan voltan iaitu 240volt dan 415volt.

Elektrik ialah istilah am bagi sebilangan jenis fenomena yang terhasil akibat kewujudan dan aliran cas elektrik. Bersama-sama dengan kemagnetan, ia membentuk saling tindak asas yang dikenali sebagai keelektromagnetan. Ia meliputi kebanyakan fenomena fizikal yang biasa dijumpai seperti kilat, medan elektrik dan arus elektrik. Elektrik juga digunakan dalam bidang perindustrian seperti elektronik dan kuasa elektrik



















Kelayakan Menduduki Peperiksaan Pendawai


1.1 Pendawai Fasa Tunggal (Calon-calon Persendirian)
Permohonan untuk menduduki peperiksaan kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal hendaklah dengan menggunakan Borang ST(PE)1 Pindaan 2003.
Kelayakan seperti Peraturan 50, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan Peraturan-Peraturan Elektrik (Pindaan) 2003.
Kelayakan pendidikan 50 (1c) minima telah ditetapkan tamat tingakatan 3 Sekolah Bantuan Kerajaan atau lulus sijil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) atau yang setaraf dengannya.
Bagi pemohon-pemohon yang mempunyai Sijil MLVK (Juruelektrik) / SKM peringkat pertengahan dan telah menjalani 6 bulan dengan Kontraktor Elektrik serta mempunyai buku log yang lengkap adalah dikecualikan dari Peperiksaan Teori, Amali dan Lisan.
Mana-mana calon yang layak hanya diberi perakuan kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal tanpa endorsan menguji pepasangan. Tetapi mana-mana calon yang berhasrat untuk mendapatkan perakuan Pendawai dengan endorsan, calon-calon tersebut hendaklah menduduki peperiksaan Lisan. Jika gagal dalam peperiksaan Lisan perakuan hanya diberi Pendawai tanpa endorsan menguji pepasangan.
Mana-mana calon yang ingin menduduki peperiksaan Pendawai berserta endorsan menguji pepasangan, fi peperiksaan hendaklah mengikut fi peperiksaan berserta fi Peperiksaan Endorsan.
Calon-calon yang mempunyai sijil MLVK peringkat pertengahan atau Sijil Kemahiran Malaysia tahap 2 dan telah mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang dari 6 bulan dengan kontraktor elektrik berdaftar adalah layak memohon perakuan Pendawai PW1 tanpa terlebih dahulu menduduki peperiksaan pendawai peringkat teori dan amali. Walaubagaimana pun pengecualian ini tidak termasuk pemegang-pemegang sijil MLVK / SKM yang diperolehi melalui kaedah sistem Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT).
Carta kelayakan untuk menduduki Peperiksaan Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal adalah seperti di Lampiran A1.
Carta aliran prosidur menduduki Peperiksaan Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal adalah seperti di Lampiran A2.
Sukatan Pelajaran (Syllabus) Bagi Peperiksaan Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal
Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001.
Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan Peraturan-Peraturan Elektrik (Pindaan) 2003
Electrical Installations Of Buildings - MS IEC 60364
Pemulihan pernafasan, pertolongan cemas dan rawatan renjatan elektrik.
Pengetahuan Elektrik Asas :-
Pengenalan asas voltan, arus, rintangan, kuasa, arohan, kapasitan, ulangan dan lain-lain kuantiti yang berkaitan dengan elektrik.
Hukum Ohm.
Sambungan bersiri dan selari
Formula kuasa
Sistem bekalan elektrik dan kadaran voltan
Kabel
Jenis-jenis kabel, kod warna dan penggunaannya
pemilihan kabel yang betul iaitu seperti
keupayaan membawa arus
pengiraan susut voltan
faktor pelbagai
faktor-faktor pembetulan
jenis-jenis penamatan kabel
Pendawaian
Sistem pendawaian
Permukaan, tertanam, konduit, sesalur dan sebagainya
faktor-faktor pemilihan
jenis-jenis dan saiz konduit / sesalur
faktor ruang
Litar lampu
suis satu hala, suis dua hala, suis perantaraan
litar kuasa
jejari, gegelang, spu
mata penghawa dingin
mata pemanas air
pengasing
Alat Uji dan Pengujian
Jenis-jenis ujian dan turutannya
Kekutuban, keterusan, penebatan dan sebagainya
Jenis-jenis alat uji
Insulation tester, Earth Resistance Tester, Multimeter, Ring Main Tester, RCB Tester dan alat-alat ujian yang berkaitan dengan pengujian pendawaian elektrik.
Alat-alat Pengukur Kuantiti Elektrik
Penggunaan dan prinsip bekerja alat-alat pengukur iaitu, jangkaampere, jangkavoltan, jangka KWH, Clamp On Tester, Avometer dan sebagainya
Perkakas Suis & Papan Agihan (SPN)
Jenis-jenis papan agihan, unit pengguna, bilangan hala dan sebagainya
Cut out dan Neutral Link
Perlindungan Litar
Jenis-jenis kerosakan elektrik
Peranti perlindungan dan penggunaannya
Jenis-jenis fius, kadaran, kendalian, pengujian
Jenis-jenis suis utama, kadaran arus, kadaran fius
MCB, kendalian, kadaran arus, pengujian
MCCB, kendalian, kadaran arus, pengujian
Pembumian
Jenis-jenis pembumian, prinsip pembumian, galangan kerosakan ke bumi, pengalir perlindungan dan elektrod bumi.
Peranti RCB satu fasa, kendalian dan peraturan yang berkaitan.
Sistem Perlindungan Kilat
Jenis-jenis dan penggunaan penangkap kilat.
Radas-radas Elektrik
Prinsip kerja radas-radas elektrik seperti pemanas air, periuk elektrik, loceng elektrik dan sebagainya.
penghidup satu fasa
Rekabentuk pepasangan elektrik
pengetahuan simbol elektrik
pengetahuan membaca dan melukis gambarajah skema dan susunatur elektrik
kod warna piawai bagi sistem telefon, gas, air dan sistem pemadam kebakaran
pengiraan beban
1.2 Pendawai Tiga Fasa (Calon-calon Persendirian)
Permohonan untuk menduduki peperiksaan kekompetenan Pendawai Tiga Fasa hendaklah dengan menggunakan Borang ST(PE) 1 Pindaan 2003.
Kelayakan pendidikan minima mestilah tamat tingakatan 3 Sekolah Bantuan Kerajaan atau lulus sijil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) atau yang setaraf dengannya [ Peraturan 50 1 (c)].
Kelayakan yang dikehendaki adalah :-
mempunyai Sijil Perakuan Fasa Tunggal
berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga
bekerja dengan Kontraktor Elektrik yang berdaftar atau Pendawai Persendirian atau Agensi-agensi Kerajaan
Peperiksaan Pendawai Tiga Fasa boleh dipertimbangkan selepas satu tahun dari tarikh resmi lulus peperiksaan Fasa Tunggal dan telah bekerja dengan kontraktor elektrik tidak kurang dari 6 bulan.
Calon-calon yang lulus peperiksaan Pendawai Tiga Fasa dan telah mempunyai perakuan Pendawai Fasa Tunggal dengan endorsan menguji pepasangan, calon berkenaan layak mendapat sijil perakuan kekompetenan Pendawai Tiga Fasa dengan endorsan menguji pepasangan dengan syarat fi untuk menduduki peperiksaan pengendorsan dijelaskan.
Calon-calon boleh dipertimbangkan untuk terus menduduki peperiksaan pendawai tiga fasa tanpa mempunyai sijil perakuan Fasa Tunggal dengan syarat telah mempunyai pengalaman bekerja dengan kontraktor berdaftar dengan ST tidak kurang dari 3 tahun.
Calon-calon hendaklah mempunyai buku log bagi membuktikan pengalaman bekerja/ mengajar yang disahkan oleh tenaga pengajar lain yang memegang perakuan kekompetenan ST yang berkaitan.
Carta kelayakan untuk menduduki peperiksaan adalah seperti di Lampiran B1.
Carta aliran prosidur menduduki Peperiksaan Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga adalah seperti di Lampiran A2.
Sukatan Pelajaran (Syllabus) Bagi Peperiksaan Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga
Akta Bekalan Elektrik 1990, Akta Suruhanjaya Tenaga 2001, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan Peraturan-Peraturan Elektrik (Pindaan) 2003.
Pematuhan Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installation Of Buildings - MS IEC 60364)
Pemulihan pernafasan, pertolongan cemas dan rawatan renjatan elektrik.
Pengetahuan Elektrik Asas
Pengenalan asas voltan, arus, rintangan, kuasa, arohan, kapasitan, ulangan dan lain-lain kuantiti yang berkaitan dengan elektrik.
Hukum Ohm.
Sambungan bersiri dan selari
Formula kuasa
Sistem bekalan elektrik dan kadaran voltan
Kabel
Jenis-jenis kabel, kod warna dan penggunannya
Pemilihan kabel yang betul iaitu seperti
Keupayaan membawa arus
Pengiraan susut voltan
Faktor pelbagai
Faktor-faktor pembetulan
Jenis-jenis dan penamatan kabel
Pendawaian
Sistem pendawaian
Permukaan, tertanam, konduit, sesalur dan sebagainya
Faktor-faktor pemilihan
Jenis-jenis dan saiz konduit / trunking
Faktor ruang
Litar Lampu
Suis satu hala, suis dua hala dan suis perantaraan
Litar kuasa
Jejari, gegelang, spur
Mata penghawa dingin
Mata pemanas air
Pengasing
Alat Uji dan Pengujian
Jenis-jenis ujian serta turutannya
Kekutuban, keterusan, penebatan dan sebagainya
Jenis-jenis alat uji
Insulation Tester, Earth Resistance Tester, Multimeter, Ring Main Tester, RCB Tester dan alat-alat ujian yang berkaitan dengan pengujian pendawaian elektrik.
Alat-alat Pengukur Kuantiti Elektrik
Penggunaan dan prinsip bekerja alat-alat pengukur iaitu, jangkaampere, jangkavoltan, jangka KWH, Clamp On Tester, Avometer dan sebagainya
Perkakas Suis & Papan Agihan (TPN)
Jenis-jenis papan agihan, unit pengguna, bilangan hala dan sebagainya
Cut out dan Neutral Link
Perlindungan Litar
Jenis-jenis kerosakan elektrik
Peranti perlindungan dan penggunaannya
Jenis-jenis fius, kadaran, kendalian, pengujian
Jenis-jenis suis utama, kadaran arus, pengujian
MCB, kendalian, kadaran arus, pengujian
MCCB, kendalian, kadaran arus, pengujian
Pembumian
Jenis-jenis pembumian, prinsip pembumian, galangan kerosakan ke bumi, pengalir perlindungan dan elektrod bumi.
Peranti RCB satu fasa, kendalian dan peraturan yang berkaitan.
Sistem Perlindungan Kilat
Jenis-jenis dan penggunaan penangkap kilat
Radas-radas Elektrik
Prinsip kerja radas-radas elektrik seperti pemanas air, periuk elektrik, loceng elektrik dan sebagainya
Jenis-jenis motor, penghidup motor dan pendawaiannya
Rekabentuk pepasangan elektrik
pengetahuan simbol elektrik
pengetahuan membaca dan melukis gambarajah skema dan susunatur elektrik
Pengiraan beban dan keseimbangan beban
Kod warna piawai bagi sistem telefon, gas, air dan sistem pemadam api.
Semua perkara bagi sukatan pelajaran bagi pendawaian satu fasa.

1.3 Pendawai Papan Tanda
Permohonan untuk menduduki peperiksaan kekompetenan Pendawai papan Tanda hendaklah dengan menggunakan Borang ST(PE)1 Pindaan 2003.
Kelayakan pindidikan minima mestilah tamat tingkatan 3 Sekolah Bantuan Kerajaan atau lulus sijil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) atau yang setaraf dengannya [Peraturan 50 1 (c)].
Calon-calon boleh dipertimbangkan untuk terus menduduki peperiksaan pendawai papan tanda mesti mempunyai pengalaman bekerja sebagai pendawai dengan kontraktor berdaftar dengan ST tidak kurang dari 3 tahun dan satu tahun pengalaman bekerja sebagai pendawai papan tanda.












Kabel Elektrik : Miti Cable


MITI CABLE
Kabel elektrik untuk membuat pendawaian elektrik.
Jenis kabel pvc atau dikenali sebagai pvc flexible cable
Saiz pvc : 40 / 016mm x 3c.
Panjang : 90 meter.
Voltan : 300 / 500V.
Harga :
1 Meter - RM 2.50
1 Gulung - RM 165
*Harga berubah ikut pasaran
Stok :
Nussa Hardware
No 22A , Medan Gopeng 2,
Kompleks PKNP,Medan Gopeng,
31350 Ipoh ,Perak , Malaysia.
Tel : (6) 05 - 313 1760
Fax : (6) 05 - 311 2249



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan